STEP 4 – Cara Menambah Kos Penghantaran di Founder HQ
Pengenalan
Kos penghantaran adalah elemen penting dalam operasi e-dagang. Dengan menetapkan kos penghantaran dalam Founder HQ, anda dapat memastikan pelanggan menerima caj penghantaran yang tepat berdasarkan lokasi, jenis penghantaran, dan berat.
Langkah-Langkah
Step 1: Akses Menu Shipping
- Di dashboard utama Founder HQ, klik pada Settings.
- Pilih submenu Shipping > Cost.
Step 2: Tambah Kos Penghantaran
- Di bahagian Shipping Cost (Normal), isikan maklumat berikut:
- Courier: Pilih syarikat kurier. Contoh: Ninja Van, Poslaju.
- Zone: Pilih zon penghantaran. Contoh: Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.
- Product Type: Pilih jenis produk (contoh: Unit, Carton).
- Type: Pilih jenis penghantaran (Normal atau COD).
- First KG – Cost: Masukkan kos penghantaran untuk kilogram pertama. Contoh: RM5.00.
- Next Weight – Cost: Masukkan kos tambahan untuk setiap berat berikutnya. Contoh: RM2.00.
- Next Weight – Mass: Masukkan berat tambahan untuk caj berikutnya (dalam gram). Contoh: 100 gram.
- Klik butang Add Cost untuk menyimpan.
Step 3: Semak Senarai Kos Penghantaran
- Selepas menambah kos, ia akan muncul di bawah senarai kos penghantaran.
- Anda boleh:
- Edit: Jika perlu ubah maklumat kos (tidak semua sistem boleh ubah kos yang telah disimpan).
- Delete: Padam kos penghantaran yang tidak diperlukan.
Tips
- Gunakan maklumat kos yang terkini dari syarikat kurier anda untuk elakkan caj yang salah.
- Jika kos penghantaran berbeza mengikut produk atau zon, pastikan setiap kos dimasukkan dengan spesifik.
FAQ
1. Bolehkah saya menetapkan kos COD berbeza?
Ya, pilih Type sebagai “COD” dan masukkan kos penghantaran khas untuk penghantaran COD.
2. Apa yang berlaku jika saya tidak menetapkan kos penghantaran?
Sistem tidak akan dapat mengira kos penghantaran secara automatik untuk pelanggan anda.