STEP 7 – Cara Menambah Produk di Founder HQ

Pengenalan

Founder HQ memudahkan pengurusan produk dengan pelbagai ciri, termasuk maklumat produk, variasi, harga global, dan harga platform. Panduan ini akan membantu anda melalui semua langkah untuk menambah produk ke dalam sistem.


Langkah-Langkah

Step 1: Akses Menu Produk

  1. Pergi ke dashboard utama Founder HQ.
  2. Klik pada Products.
  3. Klik butang + New Product untuk menambah produk baru.

Step 2: Masukkan Maklumat Produk

  1. Di tab Product Information, lengkapkan maklumat berikut:
    • Product Name: Nama produk.
    • Product Type: Pilih jenis produk (contoh: Unit atau Carton).
    • SKU: Masukkan kod SKU unik produk.
    • Stock Status: Pilih status stok (contoh: Stock, Out of Stock).
    • Cost Price: Kos produk.
    • Selling Price: Harga jualan produk.
    • Brand Name: Pilih jenama produk.
    • Weight: Masukkan berat produk (contoh: 300 gram).
    • Threshold Unit: Tetapkan unit minimum untuk pemberitahuan stok rendah.
    • Maximum Unit Per Purchase: Tetapkan had maksimum pembelian per pelanggan.
    • Shipping Cost: Pilih jika kos penghantaran disertakan atau tidak.
    • Packaging Cost: Masukkan kos pembungkusan (jika ada).
    • Description: Tambah penerangan produk.
  2. Klik butang Update untuk menyimpan maklumat.

Step 3: Tambahkan Harga Mengikut Level

  1. Pergi ke tab Pricing Level.
  2. Tetapkan harga berdasarkan tahap (contoh: HQ, Level 1, Level 2).
  3. Klik Update untuk menyimpan harga.

Step 4: Tambah Variasi Produk

  1. Pergi ke tab Variations.
  2. Pilih jenis variasi:
    • Gabungkan variasi 1 & 2, atau
    • Pilih variasi 1 dahulu, kemudian variasi 2.
  3. Masukkan nama variasi, SKU, harga, dan stok untuk setiap variasi.
  4. Klik Save Variation untuk menyimpan.

Step 5: Tetapkan Harga Global

  1. Pergi ke tab Global Selling Price.
  2. Masukkan harga mengikut negara (contoh: Singapura, Brunei, Indonesia).
  3. Klik Update untuk menyimpan.

Step 6: Tetapkan Harga Platform

  1. Pergi ke tab Platform Pricing Level.
  2. Masukkan harga mengikut platform (contoh: TikTok, Shopee, Lazada).
  3. Klik Update untuk menyimpan.

Step 7: Konfigurasi Tetapan Platform

  1. Pergi ke tab Platform Settings.
  2. Pilih tetapan:
    • Publish in Online Store?: Pilih sama ada produk akan diterbitkan di kedai dalam talian.
    • Featured Product: Tandakan produk sebagai produk pilihan.
    • Express Checkout: Tandakan produk sebagai “Popular” untuk Express Checkout.
  3. Klik Update untuk menyimpan tetapan.

Tips

  • Gambar Produk: Muat naik gambar berkualiti tinggi untuk meningkatkan daya tarikan produk.
  • Maklumat Lengkap: Pastikan semua maklumat lengkap untuk mengelakkan isu semasa jualan.
  • Harga Level & Platform: Pastikan harga di semua level/platform konsisten.

FAQ

1. Bolehkah saya menukar maklumat produk selepas disimpan?
Ya, anda boleh mengedit maklumat produk melalui butang Edit.2. Apa berlaku jika saya tidak menetapkan harga untuk platform tertentu?
Produk tidak akan dijual di platform tersebut sehingga harga ditetapkan.

Leave a Reply 0

Your email address will not be published. Required fields are marked *