STEP 6 – Cara Menambah Brand di Founder HQ
Pengenalan
Fungsi Brand di Founder HQ membolehkan anda menguruskan produk mengikut jenama serta mengawal akses seller kepada jenama tertentu. Ini memberikan fleksibiliti untuk menetapkan jenama mana yang boleh dijual oleh setiap seller.
Langkah-Langkah
Step 1: Akses Menu Brand
- Di dashboard utama Founder HQ, klik pada Products.
- Pilih submenu Brands.
Step 2: Tambah Brand Baru
- Di bahagian New Brand, isikan maklumat berikut:
- Name: Masukkan nama brand.
- Mobile Number: Masukkan nombor telefon WhatsApp yang berkaitan dengan brand ini (sama seperti nombor yang didaftarkan di notifikasi WhatsApp, atau nombor baru).
- Online Store: Pilih status kedai dalam talian (contoh: Available untuk kedai yang aktif).
- Klik butang Add Brand untuk menyimpan.
Step 3: Semak dan Urus Senarai Brand
- Brand yang ditambah akan muncul di senarai Products: Brands.
- Anda boleh:
- Edit: Klik butang Edit untuk mengemas kini maklumat brand.
- Delete: Klik butang Delete untuk memadam brand (jika tidak lagi diperlukan).
Kegunaan Brand
1. Mengurus Produk
Setiap produk boleh dikaitkan dengan brand tertentu untuk memudahkan pengurusan inventori dan penjualan.
2. Notifikasi WhatsApp
Setiap brand boleh menggunakan nombor WhatsApp yang sama atau berbeza bergantung kepada strategi komunikasi jenama anda.
3. Mengawal Akses Seller Mengikut Brand
Anda boleh assign seller kepada brand tertentu:
- Contoh:
- Seller A: Hanya boleh menjual produk dari Brand A.
- Seller B: Hanya boleh menjual produk dari Brand B.
- Seller C: Boleh menjual semua produk dari Brand A, B, dan C.
Semua produk yang dikaitkan dengan brand tertentu akan automatik tersedia untuk seller yang diberi akses kepada jenama itu.
4. Pengurusan yang Lebih Tersusun
Membantu membezakan produk, seller, dan strategi penjualan mengikut jenama untuk pelaporan dan operasi yang lebih efektif.
Tips
- Gunakan nama brand yang unik dan mudah dikenali.
- Pastikan hanya seller yang layak diberikan akses kepada brand yang sesuai untuk mengelakkan kekeliruan dalam penjualan.
- Jika ada perubahan keperluan akses seller, anda boleh mengemas kini tetapan pada bila-bila masa.
FAQ
1. Bagaimana saya menetapkan akses seller kepada brand tertentu?
Anda boleh menetapkan akses melalui tetapan seller di menu Users di Founder HQ.
2. Apa yang berlaku jika seller tidak diberi akses kepada brand tertentu?
Seller tersebut tidak dapat melihat atau menjual produk yang berada di bawah brand tersebut.