STEP 3 – Cara Pilih dan Konfigurasi WhatsApp Provider untuk Notifikasi di Founder HQ

Pengenalan

Untuk memastikan pelanggan menerima notifikasi order melalui WhatsApp, anda perlu memilih dan mengkonfigurasi provider WhatsApp. Sistem Founder HQ menyokong pelbagai provider WhatsApp, seperti Woowa, WasapBot, Wabot, dan lain-lain.


Langkah-Langkah

Step 1: Akses Menu Notification

  1. Di dashboard utama Founder HQ, klik pada Settings.
  2. Pilih submenu Notification > WhatsApp.

Step 2: Pilih Provider WhatsApp

  1. Di halaman Notification – WhatsApp, anda akan melihat beberapa tab provider seperti:
    • Woowa
    • WasapBot
    • Wabot
    • Waapify
    • WsapMe
  2. Klik tab provider yang anda mahu gunakan.

Step 3: Masukkan Maklumat Provider

  1. Isikan maklumat berikut di bahagian Add [Provider]:
    • API Key: Masukkan API key yang diperoleh dari sistem provider anda.
      • Jika tiada API key, anda boleh masukkan dummy key seperti “123” atau “abc”.
    • Mobile Number: Masukkan nombor telefon yang akan digunakan untuk menghantar mesej.
    • Status: Pilih Enabled untuk mengaktifkan provider ini.
  2. Klik butang Add [Provider] untuk menyimpan.

Step 4: Semak dan Edit WhatsApp List

  1. Selepas menambah provider, ia akan muncul dalam senarai WhatsApp List di bawah.
  2. Anda boleh:
    • Klik Edit untuk menukar maklumat seperti API key atau nombor telefon.
    • Klik Delete untuk memadam provider dari senarai.

Cara Edit Ayat WhatsApp untuk Pelanggan

  1. Dalam WhatsApp List, cari provider yang ingin anda ubah ayatnya.
  2. Klik butang Edit di sebelah kanan provider tersebut.
  3. Edit mesej yang akan dihantar kepada pelanggan dan simpan perubahan.

Tips

  • Pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah betul walaupun anda menggunakan dummy key.
  • Pilih provider yang paling sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
  • Hubungi support provider WhatsApp anda jika menghadapi masalah dengan API key.

FAQ

1. Apa fungsi API Key?
API Key digunakan untuk menyambungkan sistem Founder HQ dengan provider WhatsApp anda.

2. Apa berlaku jika nombor telefon salah?
Pelanggan tidak akan menerima notifikasi. Pastikan nombor telefon diperiksa dengan teliti.

3. Bagaimana jika saya tidak mahu menghantar notifikasi kepada pelanggan
Anda boleh masukkan dummy key seperti abc 123 untuk semua key, dan masukkan no telefon apa-apa sahaja dulu

Leave a Reply 0

Your email address will not be published. Required fields are marked *