Tutorial: Cara Upload Bulk Order oleh Seller di Founder HQ

Langkah 1: Pergi ke Menu Orders

  1. Log masuk ke akaun anda di sistem Founder HQ.
  2. Klik pada menu Orders dan pilih submenu Upload Bulk Orders.

Langkah 2: Muat Naik Fail

  1. Klik butang + New Import di bahagian atas kanan.
  2. Muat naik fail Excel dengan format yang telah ditetapkan oleh sistem. Pastikan maklumat seperti berikut ada dalam fail:
    • Nama Pelanggan
    • Alamat Penghantaran
    • Produk dan Kuantiti
    • Kaedah Penghantaran (Courier)
    • Kaedah Pembayaran (COD sahaja diterima untuk bulk order)
  3. Klik Submit selepas memuat naik fail.

Langkah 3: Semak Status Muat Naik

  1. Selepas muat naik, pesanan akan diproses secara automatik oleh sistem.
  2. Semak Status:
    • Pending: Pesanan sedang diproses.
    • Completed: Pesanan berjaya dimasukkan ke dalam sistem.
  3. Klik butang View di sebelah kanan untuk melihat butiran setiap pesanan yang telah dimuat naik.

Nota Penting

  • Format Fail Excel: Pastikan fail Excel mematuhi format yang disediakan oleh sistem Founder HQ. Hubungi HQ jika perlukan template fail.
  • Status COD: Pastikan hanya pesanan COD dimasukkan melalui fungsi ini.
  • Ralat: Jika terdapat masalah dalam fail, status akan kekal Pending sehingga diperbaiki. Anda boleh memuat naik semula fail yang betul.

Dengan langkah-langkah ini, seller dapat memuat naik pesanan secara pukal dengan mudah dan cepat melalui sistem Founder HQ!

Leave a Reply 0

Your email address will not be published. Required fields are marked *