Cara Menggunakan Global Settings dalam Founder HQ

Cara Menggunakan Global Settings dalam Founder HQ

Langkah 1: Akses Menu Global Settings

  1. Log masuk ke akaun Founder HQ anda.
  2. Pergi ke bahagian Settings > System > Global.

Langkah 2: Tetapan My Modules

  1. COD Type
    • Pilih jenis COD (Cash on Delivery), sama ada Basic atau pilihan lain berdasarkan keperluan perniagaan anda.
  2. Overriding Commission
    • Pilih jenis komisen overriding:
      • Multiple (Per order): Untuk overriding bagi setiap pesanan.
      • Fixed: Untuk overriding berdasarkan jumlah tetap.
  3. Outlet Module
    • Pilih Yes jika anda ingin mengaktifkan modul outlet untuk agen/penjual.
    • Pilih No jika tidak ingin menggunakannya.
  4. Registration Status
    • Pilih Enable untuk membenarkan pendaftaran pengguna baru.
    • Pilih Disable jika ingin menutup pendaftaran sementara.
  5. Sales Team Direct HQ
    • Pilih Yes jika penjual ingin terus berhubung dengan HQ tanpa hierarchy.
    • Pilih No jika hierarki agen diperlukan.

Langkah 3: Tetapan Commission Price Type

  • Pilih Fixed Price atau jenis komisen lain bergantung pada cara pengiraan yang anda tetapkan untuk setiap produk.

Langkah 4: Customer Module

  • Aktifkan Customer Module dengan memilih Yes untuk mengurus pelanggan dalam sistem Founder HQ.

Langkah 5: Editable COD Price

  • Pilih Yes jika anda mahu penjual atau agen boleh mengubah harga COD.
  • Pilih No untuk memastikan harga COD tetap.

Langkah 6: Agreement

  • Pilih Yes jika anda ingin memaparkan dan memerlukan persetujuan dokumen perjanjian kepada pengguna.
  • Pilih No untuk tidak memaparkan perjanjian.

Langkah 7: Simpan Tetapan

  • Setelah selesai, tekan butang Update untuk menyimpan semua tetapan.

___________________________________________________________

Tetapan Currency

  1. Pada bahagian Global Currency, cari kotak pilihan Country.
  2. Pilih negara yang ingin anda tetapkan mata wangnya, contoh: Singapore (SGD).

Langkah 1: Masukkan Nilai Tukaran Mata Wang

  1. Setelah memilih negara, anda akan melihat ruangan Currency Rate.
  2. Masukkan kadar tukaran mata wang (contoh: 1 SGD = RM3.50).

Langkah 2: Tambah Mata Wang ke Sistem

  1. Klik butang Add untuk mendaftarkan kadar tukaran mata wang yang anda tetapkan.
  2. Mata wang akan disenaraikan di bawah bahagian Registered Country.

Langkah 3: Semak Senarai Mata Wang

  • Pastikan kadar tukaran yang ditetapkan muncul dalam senarai.
  • Anda boleh menambah lebih banyak mata wang untuk negara lain jika diperlukan.

Nota Penting:

  • Mata wang global ini akan digunakan dalam transaksi dan laporan sistem.
  • Pastikan kadar tukaran sentiasa dikemas kini mengikut pasaran terkini untuk ketepatan.

___________________________________________________________

Tetapan Global Commission

Langkah 2: Tetapkan Komisyen untuk Setiap Level

  1. Anda akan nampak senarai Level Name seperti:
    • Sales Team (HQ)
    • Level 1
    • Level 2
    • Level 3
    • Level 4
  1. Di ruangan Commission untuk setiap level, masukkan peratusan (%) komisyen yang anda ingin tetapkan. Contoh:
    • Sales Team (HQ): 10%
    • Master Stockist: 5%
    • Agent: 3%

Langkah 3: Simpan Tetapan

  1. Setelah semua peratusan dimasukkan, klik butang Update.
  2. Sistem akan secara automatik menggunakan komisyen yang ditetapkan ini kepada semua produk dalam sistem.

Nota Penting:

  • Global Commission ini memudahkan anda menetapkan komisyen tanpa perlu menetapkannya secara manual untuk setiap produk.
  • Pastikan data yang dimasukkan betul sebelum menyimpan kerana tetapan ini akan memberi kesan kepada semua produk dalam sistem.
  • Komisyen boleh diubah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Tetapkan Komisyen Overriding

  1. Anda akan melihat senarai Level Name dengan situasi pembelian seperti:
    • If (Agent) buy & (Stockist) commission is
    • If (Stockist) buy & (Master Stockist) commission is
    • If (Master Stockist) buy & (ASSB) commission is
    • Sales Team (HQ)
  2. Masukkan nilai Overriding Commission (%) untuk setiap level. Contoh:
    • Jika Agent membeli, Stockist dapat: 5%
    • Jika Stockist membeli, Master Stockist dapat: 3%
    • Jika Master Stockist membeli, ASSB dapat: 2%
    • Jika Sales Team HQ terlibat, mereka dapat: 10%

Langkah 3: Simpan Tetapan

  1. Pastikan semua nilai telah dimasukkan dengan betul.
  2. Klik butang Update untuk menyimpan tetapan.
  3. Semua produk dalam sistem akan mengikuti tetapan ini secara automatik.

Nota Penting:

  • Global Overriding Commission ini membantu mempercepatkan proses tanpa perlu menetapkan overriding untuk setiap produk.
  • Pastikan data yang dimasukkan tepat kerana perubahan ini akan memberi kesan kepada semua produk dalam sistem.
  • Anda boleh mengemaskini peratusan overriding pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Tetapan Customer

  1. Pada bahagian Global Customer, isi maklumat berikut:
    • Min. Total Purchase (RM): Jumlah minimum yang pelanggan perlu belanja.
    • Max. Total Purchase (RM): Jumlah maksimum yang akan dikenakan diskaun.
    • Discount (%): Peratusan diskaun yang pelanggan akan dapat.
  2. Contoh:
    • Min. Total Purchase: RM100
    • Max. Total Purchase: RM500
    • Discount: 10%
  3. Maksud: Pelanggan yang berbelanja antara RM100 hingga RM500 akan mendapat 10% diskaun untuk pembelian seterusnya.

Langkah 3: Tambah Diskaun

  1. Klik butang Add untuk menyimpan tetapan diskaun.
  2. Diskaun ini akan ditunjukkan dalam senarai Customer Discount by Total Purchase di bahagian bawah.

Langkah 4: Pengurusan Diskaun

  1. Anda boleh menyemak, mengubah, atau memadam diskaun pada senarai yang dipaparkan.
  2. Gunakan butang Edit untuk mengemas kini atau butang Delete untuk membuang diskaun.

Nota Penting:

  • Fungsi ini sesuai untuk meningkatkan customer retention dengan memberi insentif kepada pelanggan untuk membeli semula.
  • Tetapkan parameter diskaun dengan strategi pemasaran anda untuk hasil yang optimum.

Kini, pelanggan anda akan lebih tertarik untuk berbelanja berulang kali dengan sistem ganjaran ini!

Leave a Reply 0

Your email address will not be published. Required fields are marked *