Tutorial: Cara Edit KPI Manual untuk User Level

Fungsi KPI Manual:

  • Membolehkan HQ mengawal dan mengemaskini level pengguna secara manual berdasarkan prestasi atau keputusan HQ.
  • Sistem ini juga merekod sejarah perubahan level pengguna untuk rujukan akan datang.

Langkah-Langkah Edit KPI Manual

  1. Akses Menu KPI Manual:
    • Pergi ke Reports > KPI (Manual) dalam admin panel Founder HQ.
  2. Cari Pengguna:
    • Pilih User ID pengguna yang ingin anda kemas kini levelnya dari dropdown menu.
  3. Semak Level Semasa:
    • Current Level akan memaparkan tahap pengguna sekarang.
  4. Tetapkan Level Baru:
    • Pilih New Level yang ingin ditetapkan untuk pengguna tersebut.
  5. Nyatakan Sebab Perubahan:
    • Masukkan alasan perubahan dalam ruangan Reason (contoh: “Tidak capai KPI seperti yang ditetapkan oleh HQ” atau “Reward atas pencapaian jualan tinggi”).
  6. Klik “Update”:
    • Tekan butang Update untuk menyimpan perubahan.
  7. Semak Sejarah Perubahan Level:
    • Di sebelah kanan, anda akan melihat User Level History yang memaparkan:
      • Tarikh perubahan.
      • Level sebelumnya.
      • Perubahan level (Upgrade/Downgrade).
      • Sebab perubahan.

Nota Penting

  • Kawalan Manual: Hanya gunakan fungsi ini jika ada keperluan khas untuk menaikkan atau menurunkan level pengguna tanpa bergantung kepada sistem automatik.
  • Rekod Alasan Jelas: Pastikan alasan perubahan level dicatat dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan di masa hadapan.
Leave a Reply 0

Your email address will not be published. Required fields are marked *